Nafas Baru Saddle Bag Dior Visi Maria Grazia Chiuri – Page 6 – Glam Malaysia

Nafas Baru Saddle Bag Dior Visi Maria Grazia Chiuri

[tps_title]Olivia Palermo[/tps_title]

Gambar Pascal Le Segretain/Getty Images

[tps_footer]

Sentuhan Chiuri untuk Saddle adalah penggunaan kulit monokrom yang mempunyai tampal cantum dan inskripsi “Peace and Love Dior” di atas kanvas oblik dengan hiasan sulaman tangan. Tali etnik pula ditambah dengan fringe dan kepingan besi membolehkan pemakai mengunakan Saddle tanpa kekangan.

 

“Saya merasakan koleksi ini merupakan peluang untuk menghidupkan keindahannya. Saya menganggap ikon sejarah ruma ini sebagai aksesori paling sesuai untuk mengharungi kehidupan harian. Memang benar beg Saddle merupakan beg yang boleh dipakai seperti mana anda mengenakan kemeja mahupun jaket, dan ia begitu selesa dengan tali panjangnya sehingga anda boleh lupa ia berada di situ. Beg Saddle ini juga merupakan aksesori yang praktikal kerana ia membenarkan anda membawa semua barang yang anda perlukan. Oleh sebab itu saya inginkan beg ini lebih besar dan tegap, tetapi juga berwarna-warni, disulam atau pun dengan fringe bermanik kerana, seperti seekor chameleon, ia menyesuaikan diri kepada semua jenis keadaan.”

[/tps_footer]