Objek Terbaru Di Bottega Veneta Winter 2022 – Page 2 – Glam Malaysia
bottega veneta winter 2022

Objek Terbaru Di Bottega Veneta Winter 2022

SARDINE

Beg yang boleh memberi gaya glamor instant pada wanita adalah beg yang satu ini! Ia diberi nama oleh Blazy, sebagai beg Sardine. Jika dilihat pemegang beg ini adalah satu arca emas yang kiranya seakan ikan sardin! Ia digilap dengan rona emas memberi rasa moden pada beg ini. Bercakap tentang bag pula, ianya mengambil idea daripada beg Jodie yang mewah dengan teknik Intrecciato. Sardine adalg satu objek penting buat Bottega Veneta Winter 2022 kerana ia menzahirkan rasa dualiti pada legasi rumah fesyen ini.