Objek Terbaru Di Bottega Veneta Winter 2022 – Page 3 – Glam Malaysia
bottega veneta winter 2022

Objek Terbaru Di Bottega Veneta Winter 2022

PILLOW SNEAKER

Memang dekad 90-an masih dekat dengan orang fesyen. Terkini, Bottega Veneta meminjam sub-budaya skater dan dijadikan idea pada koleksi kasut terbaru mereka. Matthieu Blazy memberi nama kasut yang sering dipakai oleh pemain sukan luncur ini dengan nama Pillow sneaker. Kasutnya direka dengan gebu, penambahan foam diberikan bagi memberi rasa yang cukup selesa. Diperbuat menggunakan Tennis Calf, material kulit yang cukup lembut dan bahagian tapaknya pula diserikan dengan palitan hijau Bottega pada tapaknya, cukup ikonik. Rekaan yang ringkas ini membangkitkan lagi aras gaya terkini Bottega Veneta.

[tps_footer]Pautan Berkenaan: Beg Tote Ikonik The Strand Digubah Bottega Veneta[/tps_footer]