Obsesi Fesyen: Qalisha Ray
Beg klasik apa pelengkap gerobok aksesori wanita?
Penting buat wanita mempunyai pilihan beg klasik yang pelbagai kerana ia tidak telan dek zaman dan boleh digayakan setiap musim. Maka tidaklah membazir untuk wanita membelinya kerana biarpun sudah masuk usia 20 tahun, beg itu kekal klasik sepanjang zaman. Sejujurnya, beg sebegini boleh diturunkan kepada anak atau cucu perempuan dan biar mereka tahu menghargainya pula. Pilihan saya tentu sekali beg flap di Chanel atau koleksi Birkin bersaiz 30 di Hermes.
0 Comments