Thierry Mugler Dan Kisah Fesyennya Paling Ikonik – Page 4 – Glam Malaysia

Thierry Mugler Dan Kisah Fesyennya Paling Ikonik

SAMBUTAN 20 TAHUN DENGAN PESTA CONFETTI!

Bagi meraikan ulangtahun ke-20 jenamanya, Mugler mengadakan satu pertunjukan fesyen yang bagaikan satu festival muzik! Pertunjukan adibusana musim luruh 1995 yang berlangsung di Cirque d’Hiver diserikan dengan persembahan James Brown, dimana penyanyi ini mendendangkan lagu-lagu popularnya. Pentas serba putih itu dihidupkan dengan 300 gaya adibusana hasil olehnya.