4 Organisasi NGO Wanita Malaysia Anda Perlu Kenali – Page 4 – Glam Malaysia

4 Organisasi NGO Wanita Malaysia Anda Perlu Kenali

[tps_title]WOMEN CENTRE FOR CHANGE (WCC)[/tps_title]

Bermula 31 tahun yang lalu, Women Centre for Change sudah mula mendidik kanak-kanak daripada menjadi mangsa keganasan seksual dengan cara-cara untuk melindungi diri mereka. Misi WCC adalah untuk menghentikan keganasan jantina dan memperkasakan kesamaan jantina.

 

WCC juga membantu membekalkan informasi dan juga latihan kepada mereka yang memerlukan dan bisa membantu menyebarkan informasi ini. Seperti guru-guru dan juga kakitangan perubatan agar mereka lebih peka dan bersedia untuk membantu mangsa keganasan rumah tangga dan seksual.