5 Aktor Terkenal Yang Mewarisi Bakat Lakonan Bapa Mereka
Alexander Skarsgard
Aktor berusia 46 tahun ini merupakan anak kepada pelakon Sweden, Stellan Skarsgard yang terkenal dengan filem seperti Mamma Mia! dan Dune. Alexander menceburi bidang lakonan seawal usia tujuh tahun dalam filem Ake and His World namun berhenti enam tahun kemudian. Selepas berkhidmat dalam ketenteraan, dia kembali berlakon menerusi peranan pertama dalam filem Hollywood, Zoolander pada 2001. Dia kemudian membintangi Iebih banyak drama dan filem termasuk The Legend of Tarzan, Big Little Lies, Long Shot, Passing dan terkini siri drama Succession. Selain Alexander, tiga lagi adiknya turut mencipta nama sebagai aktor berjaya iaitu Gustaf, Bill dan Valter.

Foto: Twitter
Foto: Getty Images
Baca: 5 Pelakon Yang Tidak Lagi Menjadi Teraju Utama Dalam Filem Hollywood