5 Filem Terbaik Lakonan Margot Robbie Selain Barbie – Page 2 – Glam Malaysia
5 Filem Terbaik Lakonan Margot Robbie Selain Barbie

5 Filem Terbaik Lakonan Margot Robbie Selain Barbie

4. Once Upon a Time in Hollywood (2019)

Skor Rotten Tomatoes: 85%

Margot Robbie disatukan sekali lagi dengan Leonardo DiCaprio dalam filem komedi fiksyen sejarah arahan Quentin Tarantino. Filem yang turut dibintangi oleh Brad Pitt ini menceritakan kisah Rick Dalton, pelakon hampir ‘sendu’ yang mengemudi perubahan industri di Hollywood pada tahun 1969. Robbie memainkan watak versi fiksyen Sharon Tate menjelang hari-hari sebelum pembunuhannya.

Once Upon a Time in Hollywood menerima pujian daripada pengkritik yang menganggapnya sebagai ‘surat cinta’ Quentin Tarantino buat tahun 60-an. Lakon layarnya menerima ulasan positif, begitu juga dengan persembahan daripada tiga pelakon popular itu.