5 Filem Terbaik Lakonan Margot Robbie Selain Barbie – Page 4 – Glam Malaysia
5 Filem Terbaik Lakonan Margot Robbie Selain Barbie

5 Filem Terbaik Lakonan Margot Robbie Selain Barbie

2. The Suicide Squad (2021)

Skor Rotten Tomatoes: 90%

Margot Robbie muncul sebagai Harley Quinn dalam The Suicide Squad yang menyaksikan kumpulan itu menyusup ke pulau Corto Maltese dalam misi rahsia. Harley menjadi sebahagian daripada misi pertama Squad yang tidak berjaya dan merupakan satu-satunya yang terselamat.

Filem ini menerima ulasan positif disebabkan aksi, jenaka dan penampilan pelakon baru termasuk Idris Elba, John Cena dan Daniel Melchior. Persembahan Margot Robbie juga mendapat pujian terutama dalam babak dia melarikan diri diiringi lagu Just a Gigolo/I Ain’t Got Nobody nyanyian Louis Prima.