5 Tip Eratkan Hubungan Suami Isteri – Page 3 – Glam Malaysia
Hubungan Suami Isteri

5 Tip Eratkan Hubungan Suami Isteri

3) Amalkan sikap bertolak-ansur

Usah ego! Baik si suami ataupun isteri. Jika pergaduhan terjadi, cepat-cepatlah leraikan. Salah seorang haruslah mengalah. Turunkan ego dan ringankan mulut untuk mengucap kata maaf. Sememangnya sikap tolak-ansur ini sikap terpenting dalam hubungan suami isteri. Bayangkan jika tiada yang mengalah setiap kali berantakan, tidakkah ia sesuatu yang menyusahkan dan menyerabutkan? Cari jalan untuk selesaikan masalah dengan cara yang paling baik dan tidak menyakitkan hati kedua-dua pihak.