7 Selebriti Ini Berkahwin Pada Usia Belasan Tahun
Solange Knowles
Selepas hamil anak pertamanya Julez pada usia 17 tahun, penyanyi-penulis lagu ini berkahwin dengan teman lelakinya dari zaman sekolah pada 2004. Bagaimanapun perkahwinan itu hanya bertahan selama dua tahun. Mengimbas kembali pengalamannya dalam wawancara bersama Harper’s Bazaar pada 2014, adik kepada Beyonce itu mengakui berasa jauh lebih tua kerana berkahwin muda.

Foto: Pinterest
“Dari pelbagai segi, emosi dan mental, saya berasa jauh lebih tua daripada usia 27 tahun. Hanya dengan perkahwinan dan perceraian yang saya lalui pada usia 21 tahun, ia memberi saya banyak perspektif tentang kehidupan.” Dia kemudiannya berkahwin dengan pengarah muzik Alan Ferguson pada 2014 namun bercerai pada 2020.
0 Comments