7 Selebriti Ini Berkahwin Pada Usia Belasan Tahun – Page 3 – Glam Malaysia
7 Selebriti Ini Berkahwin Pada Usia Belasan Tahun

7 Selebriti Ini Berkahwin Pada Usia Belasan Tahun

Macaulay Culkin

Aktor yang dikenali menerusi filem Home Alone ini mendirikan rumah tangga dengan aktres Racher Miner pada 1998. Ketika itu masing-masing berusia 18 tahun. Bagaimanapun mereka berpisah dua tahun kemudian dan bercerai pada 2002.

Foto: Pinterest

Macaulay Culkin kemudiannya menjalin hubungan romantis dengan Mila Kunis namun hubungan mereka berakhir pada 2011. Lapan tahun kemudian, dia bertemu Brenda Song di set penggambaran Changelend. Mereka mengikat tali pertunangan pada 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Dakota yang kini berusia dua tahun.