7 Selebriti Ini Berkahwin Pada Usia Belasan Tahun – Page 4 – Glam Malaysia
7 Selebriti Ini Berkahwin Pada Usia Belasan Tahun

7 Selebriti Ini Berkahwin Pada Usia Belasan Tahun

Olivia Wilde

Pelakon-pengarah ini hanya berusia 19 tahun ketika mendirikan rumah tangga dengan suami pertamanya, Tao Ruspoli. Mereka melarikan diri dari keluarga dengan menaiki bas dan berkahwin pada 2003. Perkahwinan mereka bertahan sehingga 2011 sebelum dia menfailkan perceraian atas alasan tiada persefahaman. Bercakap mengenai perkahwinan pertamanya dalam rancangan The Conversation With Amanda de Cadenet pada 2012, dia berkata pertumbuhannya terbantut disebabkan berkahwin muda.

selebriti berkahwin muda

Foto: Getty Images

“Saya benar-benar rasa saya telah membantutkan pertumbuhan diri. Itu adalah salah satu perkara yang membuatkan saya berasa tidak selesa dalam perkahwinan kami. Namun ia bukanlah salah suami saya. Saya tahu satu-satunya jalan untuk berkembang adalah dengan mempelajari cara untuk menjaga diri sendiri.” Olivia Wilde kemudian bertunang dengan aktor Jason Sudeiki pada Januari 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata. Mereka berpisah pada 2020. Dia menjalin hubungan dengan Harry Styles sejak itu sehingga mereka berpisah pada November 2022.