7 Selebriti Ini Berkahwin Pada Usia Belasan Tahun – Page 5 – Glam Malaysia
7 Selebriti Ini Berkahwin Pada Usia Belasan Tahun

7 Selebriti Ini Berkahwin Pada Usia Belasan Tahun

Uma Thurman

Pelakon dan model ini bertemu suaminya, Gary Oldman ketika usia 18 tahun dan mendirikan rumah tangga selepas setahun perkenalan. Malangnya mereka bercerai pada tahun 1992. Empat tahun kemudian, Uma Thurman mengakui kepada Vanity Fair bahawa perkahwinannya itu adalah satu kesilapan.

selebriti berkahwin muda

Foto: Getty Images

“Tetapi apa yang boleh saya katakan? Dia seorang pelakon yang benar-benar hebat. Kami bertemu ketika saya berumur 18 tahun. Dia 12 tahun lebih tua. Ia adalah hubungan cinta gila yang telah berakhir, seperti sepatutnya. Dia cinta pertama saya. Saya tidak mempunyai pengalaman bercinta sebelumnya.” Uma Thurman berkahwin buat kali kedua dengan aktor Ethan Hawke pada 1998 namun bercerai tujuh tahun kemudian. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Maya Hawke dan Levon Roan Thurman-Hawke.