7 Selebriti Ini Berkahwin Pada Usia Belasan Tahun
Janet Jackson
Penyanyi-penulis lagu ini berkahwin lari dengan pemuzik James DeBarge pada 1984 ketika berusia 18 tahun. Pasangan itu sempat melayari bahtera rumah tangga selama setahun sebelum perkahwinan mereka dibatalkan. Pada 1991, Janet Jackson berkahwin secara rahsia dengan penulis lagu dan pengarah video muzik, Rene Elizondo Jr. Dia mengakui merahsiakan perkara itu demi melindung perhubungan mereka.
Foto: Getty Images
Selepas bercerai pada 2001, penyanyi itu bercinta dengan Jermaine Dupri dari 2002 hingga 2009 dan berkahwin dengan suami ketiganya, Wissam Al Mana. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Eissa pada 2017 dan bercerai tidak lama kemudian disebabkan perbezaan budaya.
0 Comments