Ada Apa Dengan Jason Momoa & Kate Beckinsale? – Page 2 – Glam Malaysia
Ada Apa Dengan Jason Momoa & Kate Beckinsale?

Ada Apa Dengan Jason Momoa & Kate Beckinsale?

“Mereka berdiri di sebuah bar sambil berborak. Masing-masing tersenyum gembira dan begitu asyik dengan perbualan mereka,” menurut satu sumber yang mendedahkan pasangan itu meluangkan masa bersama sehingga pukul 5 pagi.

Foto tersebut dengan pantas menjadi tular di internet, sekali gus mengundang maklum balas positif daripada peminat yang beranggapan pasangan itu amat sepadan.

“Wah, saya berharap mereka benar-benar bercinta,” tulis seorang peminat menerusi satu ciapan di Twitter manakala seorang lagi menambah, “Saya terpaksa akui mereka kelihatan secocok.”