Amy Search Dikurnia Darjah Pangkuan Seri Melaka
Darjah Kebesaran Melaka diberikan kepada kakitangan awam negeri dan Persekutuan, ahli politik, tokoh korporat, anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pengamal media massa dan ahli-ahli badan sukarelawan.
Berlangsung di Dewan Istiadat, Seri Negeri, Ayer Keroh, istiadat pengurniaan Darjah Kebesaran itu dijalankan dalam tiga sesi pada 24 Ogos dan 27 Ogos.
Senarai penerima anugerah kebesaran yang melibatkan 883 individu diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dikurniakan gelaran Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM), membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Foto: Kosmo
Foto: Hmetro
Baca: Datuk Nicol Ann David Dikurnia Panglima Jasa Negara
0 Comments