Cara Tepat Menikmati Keju Kegemaranmu
Anda dapat menikmati pelbagai jenis keju termasuk Vintage, Tasty, Colby, Gouda, dan Edam yang enak dinikmati begitu saja atau bersulamkan makanan lain, atau dalam masakan.
Vintage

Vintage, cheddar premium berusia hingga 24 bulan, kaya dengan kemewahan rasa kepada setiap suapan. Rasanya yang manis dan smoky sangat sesuai dinikmati bersama burger, pasta, daging lembu atau daging ayam, atau dengan begitu sahaja untuk menikmati kebaikan susu yang lazat.
Tasty

Tasty, adalah cheddar berusia hingga 18 bulan untuk mencipta rasa yang penuh dan segar. Pairing kegemaran yang diminati ramai adalah dengan chicken floss atau serunding dan seaweed kering.
Colby

Moist dan manis, Colby adalah pasangan terbaik untuk menu masakan Asia. Ia enak dihidang bersama kimchi, acar sayur pedas dan kacang berempah.
Gouda

Gouda merupakan keju separa lembut gaya Belanda dengan nota kacang adalah pendamping rasa untuk toasted Sichuan spice, cili tradisional, dan salad cendawan.
Edam

Akhir sekali, Edam yang tinggi dengan protein, kurang lemak, dan sangat sesuai untuk vegetarian. Ia manis, mentega dan kacang, yang memberikan keenakan kepada hidangan masam dan manis Asia.
Pautan berkaitan: Lokasi Tempat Makan Buat Penggemar Makanan Itali dan Jepun