Chris Evans Dinobat Lelaki Paling Seksi 2022 – Glam Malaysia
Chris Evans Dinobat Lelaki Paling Seksi 2022

Chris Evans Dinobat Lelaki Paling Seksi 2022

Bintang Captain America, Chris Evans dinamakan sebagai Lelaki Paling Seksi tahun ini oleh majalah People.

Perkara itu diumumkan dalam rancangan The Late Show With Stephen Colbert baru-baru ini tanpa kehadiran Chris kerana dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem terbaharu, Red One di samping Dwayne Johnson.

Dia merupakan bintang terbaharu diberi penghormatan tersebut selepas pelakon Ant-Man, Paul Rudd yang dinobat pada 2021 ketika berusia 52 tahun.

Selebriti lain yang pernah menerima gelaran itu termasuk Idris Elba, David Beckham, Chris Hemsworth, Adam Levine, Michael B Jordan, Dwayne Johnson, Mel Gibson dan Sean Connery.

chris evans

Foto: YouTube