Di Sebalik Majlis Perkahwinan Penuh Tradisi Barbara Palvin & Dylan Sprouse – Page 2 – Glam Malaysia
Di Sebalik Majlis Perkahwinan Penuh Tradisi Barbara Palvin & Dylan Sprouse

Di Sebalik Majlis Perkahwinan Penuh Tradisi Barbara Palvin & Dylan Sprouse

Persalinan Perkahwinan

Barbara Palvin mahukan penampilan klasik dan abadi untuk hari bahagianya. Justeru dia memilih busana rekaan Vivienne Westwood yang dipadankan dengan coker berlian inspirasi 90-an Tiffany & Co dan sepatu Jimmy Choo. Dylan Sprouse pula tampil segak dalam tuksedo tradisional rona hitam.

Foto: Instagram

Aktres Tyger Tyger itu kelihatan bagaikan puteri moden dalam persalinan keduanya iaitu gaun senteng daripada Philosophy Di Lorenzo Serafini. Mengikut tradisi dikenali sebagai Menyecske Ruha, pengantin perempuan perlu menyarungkan gaun rona merah pada tengah malam. Model berusia 29 tahun itu memilih Mero, pereka fesyen Hungary yang merealisaskan rekaan gaun mini idamannya. Dia memadankan persalinan itu dengan sepatu Jimmy Choo.

Dylan Sprouse Barbara Palvin

Foto: Instagram