Di Sebalik Majlis Perkahwinan Penuh Tradisi Barbara Palvin & Dylan Sprouse
Perasaan Dan Pengalaman Di Majlis Perkahwinan
“Selepas bertukar ikrar perkahwinan, masih ada acara tarian pertama pengantin yang perlu kami lalui. Agak tertekan apabila memikirnya. Namun setelah semuanya selesai, kami berasa lebih relaks dan seronok menikmati makanan serta muzik tradisional Hungary sambil bermain permainan tentang perkahwinan,” kongsi aktor berusia 30 tahun itu. Pasangan tersebut dilaporan telah pun kembali ke Los Angeles dan sedang merancang majlis resepsi kedua mereka. Dylan Sprouse dan Barbara Palvin mengikat tali pertunangan pada September 2022 namun hanya berkongsi berita gembira itu kepada umum pada Jun lalu.

Foto: Instagram
Baca: Sekitar Majlis Perkahwinan Pewaris Jordan, Putera Al Hussein & Rajwa Al Saif
0 Comments