Foto Pertama Makam Ratu Elizabeth II Didedahkan – Page 2 – Glam Malaysia
Foto Pertama Makam Ratu Elizabeth II Didedahkan

Foto Pertama Makam Ratu Elizabeth II Didedahkan

Abu adinda mendiang, Puteri Margaret turut ditempatkan di Gereja Kecil Peringatan Raja George VI walaupun namanya tidak disenaraikan.

Batu lejar itu kini tertulis, ‘George VI / 1895-1952’, ‘Elizabeth / 1900-2002’ diikuti dengan lambang bintang kesatriaan Garter, ‘Elizabeth II / 1926-2022’ dan ‘Philip / 1921-2021’.

Istana Buckingham berkongsi foto makam itu yang dikelilingi lingkaran bunga penghormatan beberapa hari sebelum pembukaan semula Istana Windsor yang ditutup sejak kemangkatan Ratu Elizabeth pada 8 September.

Pengunjung dibenarkan melawat dan memberi penghormatan di makam Diraja apabila Gereja Kecil St George dibuka kepada orang ramai bermula 29 September ini.

ratu Elizabeth II

Foto: AFP