Julia Roberts Dedah Pertaliannya Dengan Martin Luther King Jr.
“Keluarga King melunaskan bil hospital bagi pihak ibu bapa saya. Mereka membantu saat kami dalam kesempitan,” ujarnya sambil menjelaskan bahawa ibu bapanya mengasaskan Bengkel Pelakon & Penulis Atlanta dan sekolah seni lakonan kanak-kanak yang dihadiri oleh empat cahaya mata ikon hak sivil itu.
“Ibu bapa saya memiliki sekolah teater di Atlanta dan suatu hari, Coretta menghubungi ibu saya dan bertanya jika anak-anaknya boleh menyertai sekolah kami kerana tidak menjumpai sekolah yang mahu menerima anak-anak mereka.”
Julia menambah: “Ibu saya berkata, ‘Sudah tentu, datanglah.’ Dari situ bermulanya titik persahabatan, dan mereka turut membantu kami keluar dari kesesakan hidup.”

Foto: Pinterest
1 Comment