Kediaman Mewah Yang Pernah Didiami & Dimiliki Marilyn Monroe
KEDIAMAN BUJANG RANCHO MIRAGE DI CALIFORNIA
Menurut laporan, hubungan sulit aktres itu dengan Presiden John F. Kennedy terjalin di rumah rakan-rakan selebritinya. Salah satu ‘sarang cinta’ yang paling kerap dikunjungi presiden itu adalah rumah bujang Rancho Mirage seluas 6,700 kaki persegi milik penyanyi Bing Crosby. Kediaman oasis yang dibarisi pokok palma di Riverside, California ini mempunyai kolam renang yang besar, pelan lantai terbuka yang luas, pintu kayu Maghribi, tiga pendiang api dan bar. Ia disenaraikan untuk jualan tahun lalu pada harga RM23 juta.
0 Comments