Kehidupan Serba Mewah Ronaldo & Georgina Rodriguez Di Riyadh
Pengaruh Georgina Meluas Di Arab Saudi
Sudah tentu kehadiran Ronaldo di negara itu mencuri perhatian peminat yang tidak henti-henti berkongsi foto dan videonya di sekitar Arab Saudi, namun populariti Georgina tidak boleh dipandang remeh. Setiap gerak-geri bintang realiti televisyen itu dirakam dan dikongsi di media sosial, walaupun ketika dia sekadar membeli produk di farmasi. Pengaruhnya kini meluas apabila cita rasa fesyennya mencetuskan trend di negara itu. The National News melaporkan penampilan Georgina telah menyebabkan wanita “bergegas untuk meniru gayanya” setiap kali dia melangkah keluar dengan persalinan baru.
Foto: Instagram
Baca: Puteri Bongsu Cristiano Ronaldo Diperkenalkan Kepada Dunia
1 Comment