Kenali Duke of Westminster Hugh Grosvenor, Milenial Terkaya Di UK
Menghadiri Sekolah Tempatan Dan Mempunyai Hubungan Rapat Dengan Keluarga Diraja
Walaupun memiliki kekayaan luar biasa, ibu bapanya mahu dia mendapat pendidikan senormal mungkin. Dia belajar di sekolah rendah tempatan sebelum melanjutkan pelajaran di sekolah tinggi swasta, Kolej Ellesmere di Shropshire seterusnya Universiti Newcastle. Pada 2012, dia meraikan ulang tahun kelahiran ke-21 dengan menganjurkan parti buat 800 tetamu di hartanah keluarga di Eaton Hall, Cheshire. Antara tetamu yang hadir adalah Putera Harry. Menurut laporan, Duke of Westminster mempunyai hubungan rapat dengan kerabat Diraja Britain. Raja Charles III adalah bapa pembaptisannya manakala dia pula bergelar bapa pembaptisan kepada Putera George.

Foto: Getty Images
0 Comments