Kenali Duke of Westminster Hugh Grosvenor, Milenial Terkaya Di UK
Menyelia Hartanah Keluarga Dan Terlibat Dalam Kerja Amal
Sebagai pengerusi Grosvenor Group, dia kini menyelia portfolio hartanah keluarga di 43 bandar di 10 negara. Hartanah ini termasuk kawasan kejiranan London yang eksklusif di Mayfair dan Belgravia. Di tengah-tengahnya adalah Eaton Square, rumah bandar elegan yang menghadap taman persendirian berhampiran Istana Buckingham. Empayar hartanah Grosvenor Group juga termasuk bangunan di bandar seluruh dunia seperti San Francisco dan Washington DC di Amerika Syarikat, serta Stockholm, Tokyo dan Beijing. Bangunan milik syarikat itu terdiri daripada ruang runcit mewah dan pusat membeli-belah sehinggalah pejabat dan kediaman.

Eaton Square. Foto: EPA-EFE
Hugh Grosvenor juga berkhidmat selaku pengerusi pemegang amanah Westminster Group, yayasan amal milik keluarganya. Ia menyediakan geran kepada organisasi yang menyokong dan bekerja dengan kanak-kanak berisiko. Pada 2020, Duke of Westminster menjadi tajuk utama kerana menderma lebih RM73 juta kepada badan amal untuk membantu UK memerangi coronavirus.