Kenali Lady Margarita Armstrong-Jones, The Next It Girl
Keakraban Dengan Kerabat Diraja
Lady Margarita dilihat mempunyai hubungan akrab dengan keluarga Diraja Britain berdasarkan pergaulannya dalam acara eksklusif. Walaupun tidak pernah bertemu nendanya yang meninggal dunia tiga bulan sebelum kelahirannya, dia mempunyai hubungan rapat dengan nenda saudaranya, Ratu Elizabeth dan pernah beberapa kali dirakam bersama.
Walaupun kerabat Diraja tidak dibenarkan memiliki akaun Instagram, Lady Margarita mempunyai pengecualian dan antara pengikutnya yang terkenal adalah saudara jauhnya, Lady Amelia Windsor serta ‘It’ girl Perancis dan teman wanita Jean Arnault, Zita D’Hauteville. Jean merupakan anak kepada bilionair dan ketua pegawai eksekutif LVMH, Bernard Arnault.

Foto: Instagram
Foto: Getty Images
Baca: Amelia & Eliza Spencer, Anak Saudara Puteri Diana Yang Mencuri Perhatian Dunia