Kenali Young Mazino, Aktor Korea Tampan Dalam Siri Beef – Page 2 – Glam Malaysia
Kenali Young Mazino, Aktor Korea Tampan Dalam Siri Beef

Kenali Young Mazino, Aktor Korea Tampan Dalam Siri Beef

Memilih Masa Depan Berbeza

Sewaktu membesar, Young Mazino terlibat dalam beberapa aktiviti luar kurikulum atas desakan ibunya. Ini menyebabkan dia terjebak dalam depresi eksistensialisme. Walaupun memahami bahawa ibu bapanya bekerja keras untuk menghantarnya ke kolej, mengikuti jangkaan mereka untuk melihat dia peroleh pekerjaan, berkahwin dan memiliki anak-anak adalah sesuatu yang kabur baginya. Dia mengakui akan memilih haluan berbeza jika diberi peluang ketika kecil.

Foto: Netflix

Sewaktu bekerja sebagai penyelamat untuk Ocean City Beach Patrol di Maryland pada usia 21 tahun, dia berdepan situasi cemas apabila perlu menyelamatkan seorang mangsa lemas. Detik inilah yang mengubah hidupnya. Kejadian itu membuatkan dia sedar bahawa hidup ini singkat, jadi dia melakukan perubahan hidup untuk menggapai impiannya.