Kenali Young Mazino, Aktor Korea Tampan Dalam Siri Beef
Impian Tercapai
Sewaktu masih bekerja dalam bidang kewangan, Young Mazino ditawarkan peluang lakonan dalam beberapa siri termasuk New Amsterdam dan Blue Bloods. Bagaimanapun ia tidak berjaya melonjakkan namanya sebagai pelakon disegani. Ketika pandemik melanda, dia berjinak-jinak dengan mata wang kripto dan Dogecoin untuk memenuhi keperluan hidup dan membayar bil. Bintang Glass itu akhirnya meninggalkan New York, berbasikal merentasi desa untuk merakam dokumentari dan berfikir panjang mengenai masa depannya dalam bidang lakonan. Young Mazino kemudiannya menjalani uji bakat untuk peranan dalam siri Beef dan kehidupannya terus berubah. Dia kini menghiasi kulit majalah terkemuka dan menjadi model untuk halaman fesyen.

Foto: Timid
0 Comments