Kerugian RM200 Juta, Scarlett Johansson Saman Disney
Syarikat ini dilihat bijak kerana menayangkan beberapa filem termasuk Black Widow di Disney+ untuk menarik lebih ramai pelanggan sekali gus melonjakkan nilai saham.
Namun menyatakan Covid-19 sebagai alasan di sebalik keputusan itu tidak boleh diguna pakai kerana ia menafikan hak yang selayaknya diterima barisan pelakon.
“Ini bukan penamat, selepas ini lebih ramai lagi bintang Hollywood akan mempertikaikan hal ini. Apa jua helah Disney, mereka bertanggungjawab untuk menghormati kontrak yang telah ditetapkan,” kata peguam Scarlett, John Berlinski.

Foto: Joel C Ryan/Invision/AP
Baca: Scarlett Johansson Ucap Selamat Tinggal Kepada Black Widow Selepas 11 Tahun
0 Comments