Kisah Pertemuan Pertama 10 Pasangan Diraja Popular
Raja Edward VIII & Wallis Simpson
Salah satu kisah percintaan Diraja paling diingati dalam sejarah adalah antara Raja Edward VIII dan Wallis Simpson, seorang janda dari kalangan rakyat biasa. Ikatan cinta yang terjalin antara mereka begitu utuh sehingga mengubah seluruh pewarisan monarki Britain. Wallis merupakan rakan kepada gundek Raja Edward VIII. Pasangan itu bertemu buat kali pertama setelah gundeknya meminta bantuan Wallis untuk ‘melayan’ Raja Edward VIII pada hujung minggu. Lama kelamaan pertemuan tidak dirancang itu menjadi rutin sekali gus mencambah rasa cinta di hati masing-masing. Malah Raja Edward VIII sanggup turun takhta sebagai Raja pada 1936 demi untuk berkahwin dengan wanita pilihan hatinya. Dia diturunkan pangkat ke gelaran Duke of Windsor dan hidup dalam buangan sepanjang hayat.
:focal(2373x1428:2374x1429)/https://tf-cmsv2-smithsonianmag-media.s3.amazonaws.com/filer/6f/1b/6f1b666a-3966-45ed-b06a-225fe0cde9ba/gettyimages-113917733.jpg)
Foto: Getty Images