Kisah Pertemuan Pertama 10 Pasangan Diraja Popular
Raja Charles III & Puteri Diana
Walaupun kisah cinta pasangan Diraja ini mempunyai banyak suka duka, detik-detik awal percintaan mereka tidak dapat diramal. Ketika Raja Charles bertemu Puteri Diana buat kali pertama, dia sebenarnya sedang menjalin hubungan cinta dengan kakaknya, Sarah Spencer. Dua tahun selepas itu, mereka bertemu sekali lagi di sebuah parti dan bertunang enam bulan kemudian, diikuti dengan majlis perkahwinan gilang-gemilang pada 1981. Malangnya rumah tangga mereka hancur disebabkan orang ketiga, Permaisuri Camila dan pasangan itu bercerai pada 1992.

Foto: Getty Images
0 Comments