Kisah Pertemuan Pertama 10 Pasangan Diraja Popular
Raja Felipe VI dari Sepanyol & Permaisuri Letizia
Mereka digelar sebagai salah satu pasangan paling sepadan dalam sejarah perkahwinan Diraja. Sebelum berkahwin dengan Raja Felipe V, Permaisuri Letizia merupakan seorang wartawan yang berjaya. Sewaktu membuat laporan media mengenai tumpahan minyak di pantai Galicia, dia bertemu Raja Felipe V yang ketika itu sedang melawat lokasi kejadian untuk memberi sokongan kepada mangsa. Di situlah mereka bertemu buat kali pertama. Pasangan Diraja itu melangsungkan perkahwinan pada 2004. Permaisuri Letizia mencatat sejarah sebagai permaisuri Sepanyol pertama dari kalangan rakyat biasa.

Foto: Getty Images
0 Comments