Melissa Joan Hart Dedah Dirinya Positif Covid-19 Selepas Lengkap Dos Vaksin
Pelakon dan penerbit, Melissa Joan Hart mengejutkan peminat apabila mendedahkan dia dijangkiti coronavirus walaupun telah menerima dos vaksin lengkap.
Perkara itu dikongsikan Melissa di Instagram miliknya. Dia menjelaskan, perkongsiannya bukanlah berunsur politik atau mahu mengundang simpati.
“Saya telah divaksin namun dijangkiti Covid, ia sangat teruk. Dada saya terasa berat. Sukar untuk bernafas,” katanya menerusi satu video.

0 Comments