GLAM Perfect Date: Mierul Aiman dan Nadhir Nasar, Pelakon Projek: High Council
Nadhir Nasar Miliki Aura Yang Disenangi…
Saya masih duduk di bilik bersiap bersama stylist. Beberapa minit kemudian, Nadhir Nasar pula tiba. Juara Hero Remaja 2020 ini beri aura berbeza berbanding Mierul tadi. Persepsi pertama saya, Nadhir tampak seperti pemalu, namun Nadhir langsung tidak lokek dengan senyuman. Lemah-lembut menyapa semua yang ada di dalam bilik bersiap. Auranya buat orang sekeliling terasa senang dan tenang. Walaupun ketika itu dia sudah harus bergerak ke lokasi majlis, Nadhir langsung tidak menunjukkan rasa gelisah malah mampu melayan permintaan peminat yang mahu bergambar dengannya.
Instagram: @nadhirnasar_
Jejaka yang dilahirkan pada 17 Disember 1996 di California Selatan, Amerika Syarikat ini sangat tinggi. Dia yang memegang watak utama di dalam siri Astro, Projek: High Council ini sudah memiliki pelbagai pengalaman di dalam industri. Nadhir Nasar juga pernah berlakon di dalam beberapa drama lain antaranya seperti Projek: Anchor SPM, i-Tanggang, dan Nusyuz Berkiblat Cinta.
Selain daripada tertarik dengan personaliti jejaka ini, saya tertarik dengan keikhlasannya tatkala berlakon di layar perak dan kaca tv, ramai juga yang memandang tinggi akan anak muda ini sehinggakan ada yang berkongsi mahu melihat Nadhir Nasar terbang tinggi di dalam industri ini. Ramai peminat menyaksikan progres mendadak Nadhir dalam industri, malah ramai yang bangga dan ingin terus menyokong jejaka ini daripada belakang.
Ternyata beruntung dua jejaka berpesonaliti baik ini kerana amat disayangi para peminatnya. Teruskan berpijak pada bumi yang nyata, kekal menjadi diri sendiri, punyai kualiti tersendiri untuk kekal berjaya.
P/s: Di antara Mierul Aiman dan Nadhir Nasar, yang mana satukah hero Projek: High Council yang menjadi pilihan hati anda?
Kredit gambar muka depan: Instagram @mierulaiman & @nadhirnasar_
Pautan Berkaitan: Meerqeen Sertai Anna Jobling Dalam Senarai Tercantik & Terkacak TC Candler