Penampilan Dua Lipa Sebagai Koboi Dalam Video Muzik Terbaharu Dikecam
Dalam video tersebut dia dilihat menunggang lembu mekanikal dan melakukan beberapa jenis tarian, namun ia tidak membuatkan pengguna Twitter kagum.
Beberapa peminat menuduh Lipa meniru penyanyi Halsey yang juga tampil sebagai koboi dalam video muzik You Should Be Sad yang dilancarkan tahun lalu.
Ada juga yang mempertahan penyanyi berdarah Albania itu dengan mengatakan bahawa Halsey bukanlah yang pertama muncul dengan konsep itu.
Beberapa pemihat turut menggelar Lipa tidak sensitif kerana mengadaptasi budaya tanpa menghormati asal usulnya.
0 Comments