Penantian Neelofa Bakal Berakhir – Page 2 – Glam Malaysia
Penantian Neelofa Bakal Berakhir

Penantian Neelofa Bakal Berakhir

Sama seperti kebanyakan bakal ibu lain, Neelofa mengakui sedikit gementar dengan detik kelahiran yang bakal ditempuhinya.

“Sekarang ini saya sedang menghitung hari, bila-bila masa sahaja akan bersalin. Berita kelahiran akan kami umumkan kelak.

“Saya akui agak gementar mahu melalui proses kelahiran. Insya-Allah kalau diberikan rezeki, saya mahu bersalin secara normal dan Haris akan menemani saya nanti,” katanya.