Perkahwinan Rahsia Anya Taylor-Joy & Malcolm McRae – Glam Malaysia
Perkahwinan Rahsia Anya Taylor-Joy & Malcolm McRae

Perkahwinan Rahsia Anya Taylor-Joy & Malcolm McRae

Berkahwin secara rahsia kini menjadi trend di kalangan bintang Hollywood dan Anya Taylor-Joy merupakan selebriti terkini yang mengikuti trend itu.

Menurut Harper’s Bazaar, Anya mengikut jejak langkah Jennifer Lopez dan Ben Affleck dengan melangsungkan perkahwinan rahsia bersama pemuzik Malcolm McRae baru-baru ini.

Pasangan itu mencetuskan spekulasi pertunangan bulan lalu apabila aktres berusia 26 tahun itu dirakam menyarung sebentuk cincin bertatah batu berlian hijau di jari manisnya.

Anya Taylor-Joy

Foto: PageSix