Pete Davidson Berjaya Tawan Hati Seorang Lagi Jelitawan – Page 2 – Glam Malaysia
Pete Davidson Berjaya Tawan Hati Seorang Lagi Jelitawan

Pete Davidson Berjaya Tawan Hati Seorang Lagi Jelitawan

Spekulasi percintaan mereka mula tular setelah kedua-duanya dirakam berpegangan tangan di Brooklyn, New York City pada malam Sabtu lalu, menurut akaun gosip popular DeuxMoi.

Bagaimanapun kedua-duanya memilih untuk mengunci mulut mengenai khabar angin itu.

Emily baru-baru ini kembali hidup solo selepas memutuskan ikatan perkahwinan yang terjalin selama empat tahun dengan penerbit, Sebastian Bear-McClard.

Setelah berita perceraiannya tular di media sosial, dia dikaitkan dengan Brad Pitt dan sebulan kemudian dengan DJ Orazio Rispo selepas mereka dirakam berkucupan di New York City.

Emily Ratajkowski

Foto: Page Six