Protips Merakam Momen Hari Raya Bersama #ShotoniPhone – Page 3 – Glam Malaysia
Protips Merakam Momen Hari Raya Bersama #ShotoniPhone

Protips Merakam Momen Hari Raya Bersama #ShotoniPhone

Annice Lyn

https://www.instagram.com/reel/Cq8HOckMyZC/?utm_source=ig_web_copy_link

Apakah kekuatan anda sebagai jurugambar atau Content Creator?

Mengenali kekuatan sendiri sebagai jurugambar membezakan anda daripada jurugambar yang ada. Seorang jurugambar yang baik meminati fotografi dan bersedia untuk belajar dan menambah ilmu secara berterusan di samping itu, mengajar juga mendidik Content Creator yang lain untuk mencipta dan memupuk semangat kemasyarakatan. Memperoleh kemahiran teknikal hanyalah permulaan, perbaiki asas anda dan selebihnya akan menyusul. Jurugambar yang baik, penglihatan artistik dan kemahiran bercerita diperlukan dengan membina hubungan dengan subjek anda, menjadikan mereka selesa kala berinteraksi bersama mereka.

Nilai diri anda dan kenali kekuatan anda sebagai jurugambar membolehkan anda melakukan sesuatu yang unik dan kreatif. Sebagai jurugambar, saya sentiasa mencari cerita yang malar segar untuk merakamnya agar digemari orang ramai, atau kadangkala menjadi provokasi sosial mengenai isu penting. Sebaik sahaja anda mengetahui kemahiran yang diperlukan untuk menjadi jurugambar, anda boleh mula meneroka ciri-ciri personaliti jurugambar. Kualiti pertama yang anda perlu ada ialah kesabaran. Banyak perkara yang jarang berjalan mengikut rancangan. Jadi, tumpukan pada membina kesabaran, daya tahan dan kebolehsuaian.

Anda juga memerlukan kemahiran komunikasi dan pengurusan yang baik. Sebagai jurugambar, anda akan berurusan dengan ramai orang, daripada pelanggan kepada rakan sekerja, pembantu logistik dan subjek. Ketahui masa untuk berkompromi, dan bila untuk kekalkan ilham artistik anda. Ingat matlamat anda: untuk merakam cerita yang bermakna dan menyampaikan mesej kepada penonton. Jurugambar yang baik mencari cara terbaik dalam apa jua keadaan, walaupun ia tidak seperti yang mereka bayangkan. Secara keseluruhan, jangan tergesa-gesa malah nikmati prosesnya. Be a good person first, then only photographer.

Protips Merakam Momen Hari Raya Bersama #ShotoniPhone

Pro Tip:

  • Apabila bekerjasama dengan seseorang atau model, bina hubungan dengan mereka. Merakam detik istimewa memerlukan lebih #shotoniphone. Proses penciptaan adalah lebih dari itu dan cara anda berinteraksi dengan subjek anda menentukan kesempurnaan sesuatu video.
  • Untuk potret outdoor, cahaya semula jadi adalah BFF anda.
    .