Protips Merakam Momen Hari Raya Bersama #ShotoniPhone
Zarnizar
Pro Tip:
- Turn on Grid pada settings untuk Kamera dan mula bereksperimen, cuba gaya yang berbeza sehingga anda menemui gaya anda sendiri.
- Sentiasa tonjolkan depth dalam foto anda – Kebanyakan foto kelihatan baik apabila ia dapat menyampaikan rasa kedalaman. Mencipta kedalaman membantu menarik perhatian penonton kepada visual yang ingin disampaikan.
- Seni flatlays ialah permainan keseimbangan. Gunakan garis lurus di atas meja untuk membantu anda set bingkai kamera.
https://www.instagram.com/p/Cq2bn2aOe5M/
Apakah yang mencetus minat anda kala menghasilkan visual untuk kandungan di akaun media sosial?
Ekspresi Kreatif: Fotografi dan penciptaan kandungan menawarkan saluran kreatif untuk mengekspresikan diri saya dan menghidupkan idea. Memandangkan saya seorang jurugambar dan pencipta kandungan, saya boleh bereksperimen dengan gaya dan teknik yang berbeza, serta menggunakan imaginasi saya untuk mencipta sesuatu yang unik dan bermakna.
Berkongsi: Berkongsi kerja saya dengan orang lain memberi ganjaran paling memuaskan. Saya boleh berhubung dengan penonton dan menerima maklumbalas dan penghargaan berkenaan karya saya. Inilah yang mendorong saya untuk terus mencipta.
Sebagai Kenangan: Fotografi dan mencipta kandungan boleh membantu merakam dan mengekalkan kenangan untuk diri saya sendiri. Sama ada momen istimewa atau landskap yang indah, saya boleh mencipta sesuatu yang boleh dihargai untuk tahun-tahun akan datang.
Fleksibiliti dan Kebebasan: Ia juga menawarkan fleksibiliti dan kebebasan di mana dan bila saya bekerja. Dengan peranti dan peralatan yang betul seperti iPhone 14 Plus, saya boleh mencipta kandungan dari mana-mana sahaja, memberi saya kebebasan dan autonomi.
Penerokaan dan Pengembaraan: Memandangkan saya seorang jurugambarTravel & Lifestye; ia membolehkan saya meneroka tempat baharu dan mempelajari budaya yang berbeza, dan ia adalah suatu yang menarik dan enriching.
Inspirasi: Sebagai jurugambar Travel & Lifestye, saya mempunyai keupayaan untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk mengembara dengan mempamerkan keindahan dan kepelbagaian lokasi yang berbeza melalui foto dan kandungan saya. Visual kandungan yang saya cipta boleh membantu mereka inspirasi untuk mengembara dan menikmati keindahan dunia.
Pautan berkaitan: Pachinko, Prehistoric Planet dan The Morning Show Di Apple TV+!