Ramalan Oscar 2021: Siapa Bakal Membawa Pulang Trofi?
Best Picture
The Father
Judas and the Black Messiah
Mank
Minari
Nomadland
Promising Young Woman
Sound of Metal
The Trial of the Chicago 7
Siapa bakal menang: Nomadland
Filem penuh perasaan arahan Chloé Zhao mengenai seorang wanita (Frances McDormand) yang terpaksa menjadi nomad zaman moden setelah kematian suaminya ini telah mencuri hati ramai orang di majlis-majlis anugerah. Ia akan mendapat pengiktirafan yang sama pada malam Oscar.
Siapa sepatutnya menang: Melihatkan semua pencalonan, Nomadland yang paling layak.
Siapa mungkin membuat kejutan: Ada kemungkinan Minari akan menjadi pemenang memandangkan ia juga sebuah filem yang hebat, namun peluang ini agak tipis.
3 Comments