Ratu Elizabeth II, Kerabat Britain Terkini Dijangkiti Covid-19 – Page 3 – Glam Malaysia
Ratu Elizabeth II Bakal Disemadi Bersama Dua Barang Kemas Sentimental

Ratu Elizabeth II, Kerabat Britain Terkini Dijangkiti Covid-19

Kebimbangan mengenai tahap kesihatannya bertambah apabila beberapa ahli kerabat Diraja menjalani kuarantin setelah disahkan positif Covid-19.

Putera Charles, pewaris takhta Britain dijangkiti coronavirus buat kali kedua pada 10 Februari lalu manakala isterinya Camilla, Duchess of Corwall disahkan positif tiga hari kemudian.

Satu sumber Diraja mengesahkan Ratu Elizabeth bertemu Putera Charles baru-baru ini namun tidak mendedahkan sama ada baginda mendapat jangkitan daripada putera sulungnya itu.

Foto: WireImage