Rihanna, Bilionair Wanita Termuda Amerika Syarikat – Page 2 – Glam Malaysia
Rihanna, Bilionair Wanita Termuda Amerika Syarikat

Rihanna, Bilionair Wanita Termuda Amerika Syarikat

Menurut senarai Forbes, Rihanna yang merupakan pemilik bersama Fenty Beauty dan salah seorang pemegang saham jenama pakaian dalam Savage x Fenty juga kini bergelar jutawan pertama Barbados.

Awal Februari lalu, majalah itu mendedahkan bahawa RM5.9 bilion daripada jumlah kekayaannya datang daripada perniagaan Fenty Beauty.

Dia juga merupakan satu-satunya bilionair wanita bawah usia 40 tahun yang tersenarai tahun ini. Penyanyi itu bergelar ibu baru-baru ini selepas menyambut kelahiran cahaya mata sulungnya bersama teman lelaki, A$AP Rocky.

FOTO: GETTY IMAGES