Segalanya Mengenai Teman Wanita Terbaru Harry Styles, Taylor Russell
[tps_header]
Selepas berpisah dengan Olivia Wilde dan digosip bercinta dengan Emily Ratajkowski, Harry Styles kini menjalin hubungan dengan jelitawan Taylor Russell.
Pasangan itu mengesahkan percintaan mereka dengan menghadiri majlis perasmian teater The Effect bersama. Pementasan yang turut dibintangi Taylor Russell itu berlangsung di Teater Kebangsaan London baru-baru ini.
Kedua-duanya dilihat gembira dan tertawa kala meluang masa bersama. Malah aksi mereka berpegangan tangan dan berpelukan sempat dirakam paparazi.

Foto: Spiel Times
Ini fakta yang anda perlu tahu tentang Taylor Russell
[/tps_header]
Bergelar Anak Seni
Taylor Russell merupakan seorang pelakon yang dikenali menerusi karyanya dalam filem indie seperti Waves dan Bones and All. Terbaharu, dia keluar dari kepompong perfileman dan melangkah ke pentas teater sebagai Connie dalam karya produksi United Kingdom, The Effect. Aktres berusia 29 tahun ini juga pernah muncul dalam beberapa projek televisyen dan filem termasuk Escape Room, Lost In Space dan Down A Dark Hall.

Foto: Getty Images