Sekitar Persiapan Perkahwinan Putera Mahkota Jordan, Al Hussein
Lokasi Perkahwinan
Majlis akan berlangsung di Istana Zahran, sebuah istana bersejarah yang terletak di Amman, Jordan. Ia dibina pada tahun 1957 dan mempunyai persamaan dengan Istana Raghadan dari segi ketinggian dan reka bentuk dalaman yang ringkas namun elegan. Dahulunya ia merupakan kediaman Permaisuri Zain Al Sharaf – nenek Raja Abdullah II, ibu Raja Hussein, dan isteri kepada Raja Talal. Baginda menetap di sana sehinggalah kemangkatannnya pada 26 April 1994. Ia juga merupakan lokasi perkahwinan Raja Abdullah II dan Ratu Rania pada 1993.

Foto: Bitar Consultants
1 Comment