Selamat Bernikah, Miller Khan Pilih Pereka Fesyen Sebagai Suri Hati
Berita gembira itu turut dikongsi adik lelakinya yang juga pelakon, Isa Khan menerusi satu hantaran di Instagram Story.
“Alhamdulillah, akhirnya abang saya telah berkahwin. Tahniah! Semoga Allah melimpahkan rahmat berpanjangan buat abang dan isteri,” tulisnya.
Kakaknya, Sabrina Ali Khan turut mendoakan yang serupa buat pasangan pengantin baru ini. “Alhamdulillah, syukur. Semoga kekal hingga ke Jannah.”

Foto: Instagram
0 Comments