Senarai Selebriti Yang Meraih Pendapatan Tertinggi Pada 2020
Menurut Forbes, gabungan pendapatan kesemua bintang-bintangĀ ini adalah RM24.7 bilion, kurang RM810 juta berbanding tahun lalu disebabkan impak pandemik Covid terhadap industri hiburan.
Forbes baru sahaja menobatkan bintang E! dan mogul kosmetik, Kylie Jenner sebagai selebriti dengan pendapatan tertinggi pada tahun 2020. Walaupun mempunyai sejarah pahit dengan pihak penerbitan itu, pakar kewangan di Forbes mengesahkan dia memperoleh RM2,390 juta setelah menjual sebahagian besar saham jenama kecantikannya kepada Coty Inc.
Secara kebetulan, abang iparnya sendiri, Kanye West, berada di tangga kedua dengan pendapatan sebanyak RM688 juta – semuanya kerana kerjasamanya dengan jenama terkenal, Adidas.
Atlet A-list seperti Roger Federer, Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Neymar dan LeBron James berjaya menempatkan diri dalam 10 teratas, selain Tyler Perry, Howard Stern dan Dwayne “The Rock” Johnson.