Siap Diri Untuk Tahun 2023, Ini Checklist Untuk Anda – Page 3 – Glam Malaysia

Siap Diri Untuk Tahun 2023, Ini Checklist Untuk Anda

#3 Utamakan tidur yang cukup

Memandangkan anda seorang yang kuat bekerja siang dan malam, sudah tiba masanya anda sedarkan diri. Untuk tampil produktif dan memastikan kerja anda berjalan dengan lancar, anda harus mempunyai rehat yang cukup. Tanam dalam diri, tubuh badan amat memerlukan rehat yang cukup untuk mengecas kembali tubuh yang telah penat dikerjakan sepanjang hari. Penting untuk anda tahu, sekurang-kurangnya, tubuh badan orang dewasa memerlukan 7 jam tidur. Mulakan daripada Sekarang, latih diri setiap malam. Ingat, kerja sememangnya tidak pernah habis. Maka, jika tibanya waktu malam, tidur dan lupakan sahaja segala kerja yang tertunggak itu. 

 

Pautan Berkaitan: Cherry Cola Brunettes Ramalan Warna Rambut 2023 Bakal Buat Anda Terasa Lapar